Rabu, April 20, 2011

Persaraan Guru Pemulihan



Pada Sabtu 19 Februari 2011 satu jamuan untuk menyambut hari ulang tahun ke 58 Guru Pemulihan iaitu Encik Ling Choo Kiong telah diadakan di bilik guru. Selain itu, majlis tersebut turut meraikan persaraan beliau. Kami warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas khidmat beliau yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan bakti kepada warga sekolah. Jasa beliau akan dikenang sepanjang hayat.


Pada 1 Mac 2011, SJK(C) Uk Dih telah menerima seorang Guru Pemulihan yang baru bagi menggantikan Encik Ling Choo Kiong yang telah bersara pada bulan Februari yang lalu. Beliau yang dimaksudkan ialan Puan Lim Teck Fang. 



Selamat datang diucapkan kepada beliau. Kami seluruh warga sekolah amat berbesar hati dan diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.