Isnin, Ogos 30, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. Tema Hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.

Sila layari http://www.malaysiamerdeka.gov.my/ untuk maklumat lanjut.


Lirik lagu 1Malaysia

Rabu, Ogos 11, 2010

Selamat Bertugas

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas diucapkan kepada En Nor Rashid Bin Ibrahim kerana telah melapor diri di SJK(C) Uk Dih sebagai guru baru pada 2 Ogos 2010.

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas juga diucapkan kepada En Mohd Redzuan Bin Abdul Raman kerana telah melapor diri di SJK(C) Uk Dih sebagai staf baru merangkap Pembantu Am Pejabat pada 10 Ogos 2010. Beliau merupakan Pembantu Am Pejabat yang baru menggantikan Puan Nornajwatullaila Bt Alias yang telah bertukar ke Kuala Lumpur pada Februari yang lepas.

Kami seluruh warga SJK(C) Uk Dih berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah ini. Diharap mereka dapat menjalankn tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Isnin, Ogos 02, 2010

Hari Kantin Sekolah

Hari Kantin Sekolah telah diadakan pada 1 Ogos 2010. Program bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 2.30 petang. Pelbagai aktiviti diadakan seperti:

Pertandingan

Pertandingan Bayi Tercomel (berusia 1 bulan ke 3 tahun)
Pertandingan Mencari Harta Karun
Pertandingan Mencungkil Bakat
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Bola Keranjang
Pertandingan Pukulan Tepat Bulu Tangkis

Permainan

Permainan Baling Bola dari Nippon Paint
Pelbagai permainan dari Astro
Permainan Tiup Bola Pingpong
Permainan Baling Getah
Permainan Baling Bola Masuk Jaring
Permainan Baling Bola Jatuhkan Tin
Permainan Baling Biji Getah

Jualan Makanan

Terdapat 22 gerai makanan. Pelbagai makanan dijual termasuklah Sushi King, cendol, char kue teow, ais krim goreng, nuget, bebola ayam, mee goreng, bihun goreng, nasi lemak, nasi chicken chop, ayam goreng, biskut, pelbagai jenis air, kuih muih, kek dan acar. Selain itu sayur-sayuran, buah-buahan, tepung gandum, bihun dan sos cili turut dijual.