Isnin, Februari 08, 2010

ICT Fair 2010

Pada 24 April 2010 satu program ICT Fair akan diadakan bertempat di SMJK Dindings, Pundut Lumut. Program ini adalah anjuran Panitia ICT Sekolah-Sekolah Daerah Manjung dengan kerjasama Fasilitator Schoolnet daerah Manjung.
Kumpulan sasaran terdiri dari pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, ibubapa dan komuniti setempat. Matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan teknologi maklumat kepada mereka dalam kehidupan seharian.

Antara objektif program ini ialah:
  • Menarik minat pelajar mengenali dunia ICT
  • Menjalankan program celik ICT di kalangan ibubapa dan komuniti
  • Memberi pendedahan tentang kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian
  • Membudayakan ICT di sekolah
Program ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang terdiri dari:
  • Jualan barang-barang komputer
  • Jualan buku-buku komputer/Skor A
  • Jualan sistem database
  • Jumbo Sale
  • Pertandingan celik ICT
  • Pameran ICT
Akhir kata, program ini merupakan aktiviti yang bermanfaat untuk membudayakan ICT di kalangan pelajar, ibubapa dan komuniti setempat. Warga sekolah dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Fasilitator Schoolnet Daerah Manjung