Jumaat, November 19, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah ke - 63

Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada hari Selasa 16 November 2010 bertempat di Dewan SJK(C) Uk Dih. Aturcara program adalah seperti di bawah:

Aturcara Program

10.00 am     : Ketibaan para tetamu
10.05 am     : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak
10.10 am     : Ucapan Guru Besar
10.20 am     : Ucapan Pengerusi PIBG

Isnin, November 01, 2010

PK HEM baru

Pada 1 November 2010, SJK(C) Uk Dih telah menerima seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru bagi menggantikan Puan Chok Mee Lian yang telah bersara pada bulan April yang lalu. Beliau yang dimaksudkan ialan Puan Doon Mee Ding.

Selamat datang diucapkan kepada beliau. Kami seluruh warga sekolah amat berbesar hati dan diharap beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.

Isnin, Oktober 18, 2010

Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sambutan Hari Kanak-Kanak telah diadakan pada Jumaat 15 Oktober 2010 bertempat di dewan SJK(C) Uk Dih.

Isnin, Oktober 04, 2010

Aktiviti Melukis Mural Sekolah

Keadaan dinding yang asal


Proses melukis bermula




 Proses mewarna bermula



Hasil mural Fasa 1





Proses kemaskini mural Fasa 2








 Hasil akhir mural sekolah


Jumaat, September 03, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 Peringkat Sekolah

Aktiviti
  • Nyanyian Lagu Negaraku, 1Malaysia, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia
  • Sorakan kemerdekaan
  • Kibaran Jalur Gemilang




Isnin, Ogos 30, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. Tema Hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.

Sila layari http://www.malaysiamerdeka.gov.my/ untuk maklumat lanjut.


Lirik lagu 1Malaysia

Rabu, Ogos 11, 2010

Selamat Bertugas

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas diucapkan kepada En Nor Rashid Bin Ibrahim kerana telah melapor diri di SJK(C) Uk Dih sebagai guru baru pada 2 Ogos 2010.

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas juga diucapkan kepada En Mohd Redzuan Bin Abdul Raman kerana telah melapor diri di SJK(C) Uk Dih sebagai staf baru merangkap Pembantu Am Pejabat pada 10 Ogos 2010. Beliau merupakan Pembantu Am Pejabat yang baru menggantikan Puan Nornajwatullaila Bt Alias yang telah bertukar ke Kuala Lumpur pada Februari yang lepas.

Kami seluruh warga SJK(C) Uk Dih berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah ini. Diharap mereka dapat menjalankn tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Isnin, Ogos 02, 2010

Hari Kantin Sekolah

Hari Kantin Sekolah telah diadakan pada 1 Ogos 2010. Program bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 2.30 petang. Pelbagai aktiviti diadakan seperti:

Pertandingan

Pertandingan Bayi Tercomel (berusia 1 bulan ke 3 tahun)
Pertandingan Mencari Harta Karun
Pertandingan Mencungkil Bakat
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Bola Keranjang
Pertandingan Pukulan Tepat Bulu Tangkis

Permainan

Permainan Baling Bola dari Nippon Paint
Pelbagai permainan dari Astro
Permainan Tiup Bola Pingpong
Permainan Baling Getah
Permainan Baling Bola Masuk Jaring
Permainan Baling Bola Jatuhkan Tin
Permainan Baling Biji Getah

Jualan Makanan

Terdapat 22 gerai makanan. Pelbagai makanan dijual termasuklah Sushi King, cendol, char kue teow, ais krim goreng, nuget, bebola ayam, mee goreng, bihun goreng, nasi lemak, nasi chicken chop, ayam goreng, biskut, pelbagai jenis air, kuih muih, kek dan acar. Selain itu sayur-sayuran, buah-buahan, tepung gandum, bihun dan sos cili turut dijual.