Rabu, Ogos 11, 2010

Selamat Bertugas

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas diucapkan kepada En Nor Rashid Bin Ibrahim kerana telah melapor diri di SJK(C) Uk Dih sebagai guru baru pada 2 Ogos 2010.

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas juga diucapkan kepada En Mohd Redzuan Bin Abdul Raman kerana telah melapor diri di SJK(C) Uk Dih sebagai staf baru merangkap Pembantu Am Pejabat pada 10 Ogos 2010. Beliau merupakan Pembantu Am Pejabat yang baru menggantikan Puan Nornajwatullaila Bt Alias yang telah bertukar ke Kuala Lumpur pada Februari yang lepas.

Kami seluruh warga SJK(C) Uk Dih berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah ini. Diharap mereka dapat menjalankn tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.