Wawasan

Kami berhasrat menjadikan sekolah kami sebagai contoh kecemerlangan pendidikan dengan pendekatan-pendekatan baru yang lebih sistematik, kami sedang melakukan transformasi ke arah peningkatan kualiti dan budaya kerja cemerlang. Kini kami berkhidmat dengan semangat kekitaan, kesetiakawan demi mendukung cita-cita murni ini. Peningkatan kualiti dari segi pengoperasian dan hasil diberi keutamaan dan tumpuan yang menyeluruh.

Kami sentiasa mamahami hala tuju organisasi dan bertungkus-lumus memaksimumkan produk dari segi kuantiti dan kualiti. Kami memahami bahawa kualiti sesebuah organisasi dapat dilahirkan melalui:
  • Kepakaran tenaga manusia
  • Sistem dan prosedur
  • Struktur organisasi yang kemas
  • Stail pengurusan yang efektif
  • Persekitaran kerja yang merangsang
  • Pengeksploitasian teknologi moden
Ini bermakna kami sentiasa prihatin kepada isu-isu semasa, serta mengambil tindakan segera dengan mekanisme, instrumen dan pendekatan yang tepat. Peningkatan kualiti dan kecemerlangan boleh dicapai dengan mengubahsuaikan strategi dan struktur organisasi menurut keperluan semasa. Langkah-langkah berikut dilaksanakan sepanjang tahun:
  • Penyebaran maklumat hingga ke akar umbi
  • Menghayati bersungguh-sungguh dengan merujuk kepada komitmen maksimum
Kami memahami dengan mendalam bahawa kamilah yang menjadi nadi penggerak di semua peringkat yang bukan sahaja sebagai pencetus minda, pembawa idea, pengubah budaya, malah juga agen perubahan.

Empat bidang yang menjadi tumpuan kami adalah:

1. Kurikulum
1.1   tidak ada pelajar yang buta 3M
1.2   tahap pencapaian yang tinggi dalam semua mata pelajaran

2. Ko-kurikulum
2.1   mempertingkatkan kegiatan kokurikulum untuk dinikmati oleh semua pelajar
2.2   memastikan pencapaian cemerlang peringkat daerah dan negeri

3. Sahsiah
3.1   memastikan semua pelajar menunjukkan keunggulan sahsiah pada setiap masa

4. Pengurusan dan Kepimpinan
4.1   mewujudkan iklim tempat bekerja yang kondusif
4.2   menyediakan prasarana yang lengkap
4.3   menyuburkan semangat kekitaan dan kesejawatanan
4.4   mambudayakan kecacatan sifar
4.5   cekap, cepat dan kreatif

Kami berazam membulatkan tekad, menguatkan iltizam, mengakrabkan hubungan bagi merealisasi hasrat dan cita-cita ini.