Isnin, April 26, 2010

ICT Fair & Pertandingan ICT

Pada 24 April 2010, ICT Fair telah diadakan di Dewan SMJK Dindings, Pundut Lumut. Sebanyak 8 buah sekolah menengah dan 3 buah sekolah  rendah telah mengambil bahagian. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti jualan barangan dari syarikat-syarikat komputer, pameran dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, preview dari Score A dan pameran ICT.

Isnin, April 05, 2010

Persaraan PK HEM






Pada Jumaat 2 April 2010 satu jamuan untuk menyambut hari ulang tahun ke 56 PK HEM iaitu Puan Chok Meei Lian telah diadakan di bilik guru. Selain itu, majlis tersebut turut meraikan persaraan beliau. Kami warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas khidmat beliau yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan bakti kepada warga sekolah. Jasa beliau akan dikenang sepanjang hayat.