Isnin, April 26, 2010

ICT Fair & Pertandingan ICT

Pada 24 April 2010, ICT Fair telah diadakan di Dewan SMJK Dindings, Pundut Lumut. Sebanyak 8 buah sekolah menengah dan 3 buah sekolah  rendah telah mengambil bahagian. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti jualan barangan dari syarikat-syarikat komputer, pameran dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, preview dari Score A dan pameran ICT.


SJK(C) Uk Dih, SJK(C) Khuen Hean dan SK Pantai Remis telah dijemput sebagai peserta bagi pertandingan celik IT yang bertempat di dewan dan makmal komputer SMJK Dindings Pundut Lumut.

Seramai 4 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili setiap sekolah bagi pertandingan ICT. SJK(C) Uk Dih telah menghantar 4 wakil bagi pertandingan tersebut. Mereka adalah Lee Jiawen dan Bee Sin Wai yang merupakan pelajar tahun 5 serta Kee Heng Kai dan Ng Jun Han yang merupakan pelajar tahun 4.

Pertandingan Celik IT ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
  • Games Online
  • Games bertulis ( soalan berdasarkan pameran ICT)


Program ini juga merupakan usahasama Fasilitator Schoolnet Daerah Manjung. Fasilitator Schoolnet ini diberi tanggugjawab untuk mengelolakan Pertandingan ICT.


Setiap bahagian diwakili oleh 2 orang pelajar. Lee Jiawen dan Bee Sin Wai menyertai Games Online. Manakala Kee Heng Kai dan Ng Jun Han menyertai games bertulis. Satu kebanggaan bagi pihak sekolah apabila dua orang wakil sekolah untuk Games Online telah berjaya merebut gelaran johan dan naib johan. Sekalung tahniah buat Lee Jiawen dan Bee Sin Wai.

Untuk games bertulis pula, rezeki tidak menyebelahi Kee Heng Kai dan Ng Jun Han kerana mereka hanya berjaya merangkul hadiah saguhati. Tahniah juga diucapkan pada mereka.


Program ini berakhir pada jam 5 petang. Program ini banyak memberi manfaat terutama kepada pelajar-pelajar. Amatlah diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.